Sorting by

×

TANJUNG BIDARA BERGEMA DENGAN SELAWAT DAN QASIDAH CINTA RASUL

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

TANJUNG BIDARA 12 September – Alunan selawat dan qasidah bergema di Tanjung Bidara malam tadi dihayati lebih 2,500 umat Islam hadir memeriahkan Malam Menyemai Cinta Rasul bersempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, pesta yang menjadi acara tahunan itu dimulakan dengan majlis selawat dan ilmu pada malam pertama sebelum pelbagai aktiviti lain berlangsung sepanjang hujung minggu.

Img 20250912 234049 272
ABDUL Hakim.

“Pesta pantai ini memang dianjurkan setiap tahun. Malam pertama diisi dengan majlis selawat dan ilmu, manakala esok dan hari seterusnya akan ada pelbagai acara lain untuk masyarakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pegawai Tugas Khas Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md. Rawi Mahmud.

Antara mencuri tumpuan pada majlis itu adalah persembahan pembukaan dijayakan tiga kumpulan marhaban mewakili masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Img 20250912 234040 190
ANTARA umat Islam yang hadir memeriahkan majlis.

Kemunculan Al-Fadhil Ustaz Nurhafiz Noh bersama Kumpulan Ukhwatul Ummah terus menyemarakkan majlis melalui persembahan qasidah dan tausiah yang menyentuh hati, membawa hadirin hanyut dalam keindahan alunan selawat.

Malam penuh barakah itu bukan sahaja memperkukuhkan ukhuwah masyarakat setempat, malah menjadi platform untuk menyemai rasa cinta dan penghargaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malam 2 – PERSEMBAHAN kumpulan marhaban DUN Tanjung Bidara turut diadakan.

Malam 3 –

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1808
Kongsi :
Previous post LEBIH 10,000 UMAT ISLAM ‘HIDUPKAN’ MELAKA BERSELAWAT