Sorting by

×

‘PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2025 MERIAH LAIN MACAM’ 

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September –  Penganjuran hari terakhir Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025, hari ini berlangsung dalam suasana penuh meriah, apabila sejak jam 6 pagi lokasi tumpuan pelancongan itu tidak putus daripada menerima pengunjung.

Pesta Pantai Tanjung Bidara di Pantai Tanjung Bidara bermula Jumaat, padat dengan pelbagai pengisian melibatkan kesenian, kebudayaan, sukan dan rekreasi, sekali gus menghidupkan semula lokasi tumpuan pelancongan popular itu.

Hari terakhir Pesta Pantai Tanjung Bidara dimulakan dengan pelepasan peserta Fun Ride dan Fun Run @Pesta Pantai Tanjung Bidara disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

 

Img 20250914 150239 650
KETUA Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mencuba sukan air jet ski pada Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Selain itu Ketua Menteri turut mencuba permainan tradisi konda kondi dan sukan rekreasi air jet ski yang juga antara tarikan utama sepanjang tiga hari penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025.

Hadir sama mengiringi Ketua Menteri adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Img 20250914 145944 793
SUASANA orang ramai yang hadir pada Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Cuaca serah sejak pagi bukan sahaja menggamit kehadiran lebih ramai pengunjung, malah melancarkan lagi pelbagai pertandingan dianjurkan seperti acara sukan pantai melibatkan konda kondi tarik tali dan panjat tiang licin.

Turut berlangsung acara bola tampar pantai, bola sepak pantai, bola jaring pantai dan sepak raga buatan, tidak ketinggalan sukan orang lama seperti dam aji, congkak serta karom.

Dalam usaha memartabatkan Seni budaya Negeri Melaka turut diadakan Pertandingan Pencungkilan Bakat: Ratu dan Raja Dondang Sayang 2025 juga melibatkan kategori kanak-kanak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1066
Kongsi :
Previous post PEKERJA KUARI TERTIMBUS RUNTUHAN BATU DI RAUB
Next post TERPESONA KEINDAHAN TANJUNG BIDARA