Sorting by

×

PANTAI TANJUNG BIDARA DIBERI ‘NAFAS BAHARU’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September – Pantai Tanjung Bidara bakal berwajah baharu bermula tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata langkah itu menerusi pelaksanaan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam secara berperingkat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, pembangunan itu menekankan aspek keselesaan serta keselamatan pengunjung.

“Semua struktur lama dirobohkan dan diganti dengan binaan baharu yang lebih moden serta mesra pelancong.

“Kawasan parkir turut diperluaskan selain penyediaan ruang khusus untuk peniaga kecil agar mereka dapat menikmati limpahan manfaat daripada sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata pelbagai pengisian dan aktiviti boleh dijalankan oleh pengunjung apabila penambahbaikan itu siap sepenuhnya kelak.

“Kita mahu mengangkat kembali kegemilangan Pantai Tanjung Bidara menerusi penambahbaikan yang akan dilakukan yang mana aktiviti rekreasi bersama keluarga dapat dilakukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

471
Kongsi :
Previous post PROMOSI TVET DI PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2025 PENUH WARNA WARNI