Sorting by

×

RAKYAT MELAKA JADI DUTA KECIL, SAMBUT TETAMU ‘DUNIA’

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

TANJUNG BIDARA, 14 September – Kerajaan Negeri mengajak seluruh rakyat Melaka menjadi duta kecil negeri dengan menyambut tetamu melalui penyediaan hospitaliti terbaik bersempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) pdari 27 hingga 29 September ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata ia sebagai langkah memperlihatkan keunggulan warisan Melaka kepada dunia.

Katanya, pengiktirafan antarabangsa terhadap Melaka sebagai tuan rumah dua acara pelancongan berprestij bakal membuka peluang besar untuk mempromosikan keunikan negeri bersejarah ini.

Menurutnya, bermula dengan kehadiran delegasi dari 159 negara bagi menghadiri Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) anjuran United Nations World Tourism Organization (UNWTO) Melaka akan terus menjadi tumpuan global.

“Saya menyeru agar seluruh warga Melaka agar bersama-sama memanfaatkan peluang ini sebagai duta kecil negeri dalam mempamerkan keunikan dan keunggulan warisan serta budaya kita kepada para pelancong dari
seantero dunia.

“Pemilihan ini adalah pengiktirafan kepada keunikan warisan dan budaya kita,” katanya ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pesta Pantai Tanjung Bidara Tahun 2025 di Pantai Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco, Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata lebih membanggakan apabila Melaka dipilih menjadi tuan rumah Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai destinasi pelancongan ikonik di rantau ini.

“Kejayaan ini bukan sahaja akan mengangkat nama Melaka ke persada antarabangsa malah memberi limpahan manfaat ekonomi kepada sektor pelancongan, perhotelan, kraftangan serta perusahaan kecil sederhana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post SEMARAK WARISAN DAN TRADISI, PESTA PANTAI JADI ACARA TAHUNAN