Sorting by

×

NORSAADAH LINCAH TUNGGANG JET SKI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 15 September – Menjaga aurat dari hujung kepala hingga ke hujung kaki termasuk berniqab langsung tidak membataskan kelincahan Norsaadah Mazlan, mengendalikan jet ski berkuasa tinggi.

Norsaadah berkata, menunggang jet ski memberikan satu kepuasan buat dirinya, berikutan itu dia tidak boleh berhenti daripada terus aktif dalam sukan lasak  itu meskipun sudah berniqab.

“Sebenarnya saya baru sahaja berniqab, niat mahu menjaga aurat tidak menghalang saya aktif dalam sukan lasak ini, ada caranya seperti pilih pakaian bersesuaian dengan aktiviti yang mahu dilakukan.

“Saya memang minat sukan lasak, selain menunggang jet ski saya juga aktif dalam aktiviti ‘hiking’ dan perkhemahan.

“Sekarang ini bagi saya setiap kali mahu menunggang jet ski aurat menjadi keutamaan atau ‘aurat first’ kemudian diikuti aspek keselamatan ‘safety first’ termasuk memakai jaket keselamatan sepanjang di laut,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada program mempromosikan sukan lasak itu bersempena penganjuran Pesta Tanjung  Bidara 2025 di Pantai Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Katanya, dia mendapat pendedahan mengenai teknik menunggang dan mengendalikan jet ski daripada bapanya yang  juga penggiat sukan lasak itu Sejak lebih 10 tahun lalu.

“Pada mulanya saya cuma teman ayah bermain jet skit atau menyertai pertandingan, tetapi lama kelamaan mula minat. Sejak itu saya timba pengalaman untuk menjadi lebih mahir dalam aspek mengendalikan jest ski yang bagi sesetengah orang dianggap sebagai jentera berkuasa tinggi di laut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

548
Kongsi :
Previous post 23 PEGAWAI PENGIRING BERSIAP SIAGA SAMBUT VIP WTD & WTC 2025
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA: MENGGILAP WARISAN YANG PUDAR