
PPSPM GAMIT PENGUNJUNG PESTA PANTAI DENGAN AKTIVITI AIR
TANJUNG BIDARA 15 September –Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memanfaatkan platform Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 untuk mempromosi produk pelancongannya.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkta pihaknya turut mempromosikan pakej pelancongannya ke Eco-Cruise Sungai Linggi; Eco-Cruise Tasik Chinchin dan Melaka River Cruise kepada orang ramai.
Katanya, sementara itu sepanjang pesta pantai dari 12 hingga 14 September lalu PPSPM mempromosikan pelbagai aktiviti sukan air termasuk tunggangan jet ski dengan caj serendah RM10.
“Pesta Pantai Tanjung Bidara ini PPSPM bekerjasama bersama syarikat JetPro menyediakan enam buah jet ski untuk orang ramai.
“Selain tawaran percuma menaiki ‘banana boat’ dan ‘tower bell’ sepanjang tiga hari pesta itu berlangsung.
“Kita juga mempromosikan pelbagai pakej ditawarkan menerusi produk-produk pelancongan PPSPM,” katanya ketika ditemui di tapak Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 semalam.
Tambah Shaharul Azuar, lebih 2,000 pengunjung sudah mencuba aktiviti terbabit sepanjang dua hari aktiviti pantai itu dibuka.
“Aktiviti pantai ini rata-rata menjadi pilihan pengunjung yang memang hadir ke pesta pantai ini bersama keluarga untuk beriadah.
“Akan datang kita akan bawakan lebih banyak jetski selain aktiviti pantai yang lain untuk gamit lebih ramai pengunjung,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.