Sorting by

×

WARGA EMAS MAUT KERETA TERBABAS REMPUH GERAI DI MALIM JAYA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KESIDANG 16 September – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah gerai di Jalan Malim Jaya berhampiran sebuah stesen minyak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Chan Soa’a, 74, yang memandu kereta jenis Proton Arena disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Bulatan Malim menuju ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim l.

Katanya, setiba di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah gerai.

“Susulan rempuhan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati cuaca pada ketika kejadian adalah baik dan keadaan jalan juga kering.

“Kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan tiada individu lain dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, polis kini sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan dan kenderaan terlibat akan dihantar ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post ‘SAYA ANAK MALAYSIA’ CARA PERZIM SEMARAK 16 SEPTEMBER
Next post PAMERAN WIRA LAUT DUNIA SELAMA 11 HARI SEMPENA WTD, WTC 2025