Sorting by

×

KEBUN KOMUNITI JANA EKONOMI, HIJAUKAN KAWASAN PERUMAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 September – Kebun komuniti di Taman Angkasa Nuri menjadi antara inisiatif yang dijalankan bagi memperkukuh hubungan kejiranan dan mewujudkan kawasan perumahan yang lebih lestari serta produktif.

Melalui Program Rakan Taman (Kebun Komuniti) yang diadakan pada 13 September lalu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama penduduk telah berganding bahu bagi mengusahakan kawasan hijau di taman tersebut.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, kebun komuniti merupakan satu langkah strategik ke arah mewujudkan komuniti yang lebih mesra alam dan berdikari.

“Kebun komuniti bukan sekadar menghijaukan kawasan perumahan, malah mampu menjana ekonomi komuniti melalui hasil tanaman seperti sayuran dan ternakan ikan yang diusahakan bersama.

“Selain gotong-royong, peserta turut dibawa meninjau projek komuniti setempat yang sedang diusahakan seperti semaian daun salad, pengeluaran cendawan dan penternakan ikan tilapia.

“Projek-projek ini menjadi contoh amalan Nature Based Solution (NBS) yang diterapkan di peringkat komuniti,” katanya.

Program tersebut dirasmikan Ahli Majlis kawasan, Clr. Tan Chee Seng yang turut dihadiri Ahli Majlis MPHTJ, Clr. Hamimah Abd Jalil; Pengarah Jabatan Landskap MPHTJ, LAr. Mohammad Norfadzly dan Arkitek Landskap MPHTJ, LAr. Nur Amalina.

Pada program itu turut diadakan aktiviti penanaman 600 batang pokok bunga ‘ruellia simplex’ oleh penduduk dan sukarelawan.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, NNR Global Logistics (M) Sdn. Bhd. turut menyumbangkan peralatan pertanian seperti medium penanaman, baja, anak benih dan pokok hiasan berbunga.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Cawangan NNR Melaka, Hasnah Ismail kepada Pengerusi Persatuan Komuniti Taman Angkasa Nuri, Noor Erwan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

506
Kongsi :
Previous post LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH BELAKANG KERETA
Next post ‘MAT SALIH’ PUJI CARA MELAKA HIDUPKAN ACARA PELANCONGAN