Sorting by

×

LEBIH 600 ANGGOTA PDRM BERTUGAS PADA WTD, WTC 2025

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 18 September – Lebih 600 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan sempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang berlangsung 27 hingga 29 September ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, jumlah kekuatan itu turut merangkumi kenaggotaan pasukan bantuan daripada kontinjen luar serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Katanya, kekuatan itu penting bagi memastikan acara antarabangsa yang dijangka menghimpunkan wakil delegasi dari 159 buah negara itu berjalan lancar dan selamat.

“Seramai 600 hingga 650 anggota polis akan dikerahkan sempena acara berkenaan, termasuk bantuan daripada Bukit Aman dan kontinjen luar.

“Fokus kita juga melibatkan kawalan trafik dengan penggunaan motosikal berat untuk mengiringi tetamu kenamaan (WAP),” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (EX Kesidang) di Dewan Bistari Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, kerjasama pelbagai agensi termasuk petugas keselamatan, kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan turut serta bagi memastikan kesiapsiagaan serta kelancaran acara bertaraf dunia itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1125
Kongsi :
Previous post TEKNOUSAHAWAN TVET TAMBAH PELUANG PEKERJAAN BAHARU DI MELAKA
Next post MAIM PERUNTUK RM50,000 SUMBANG KOMPUTER RIBA UNTUK PELAJAR ASNAF