Sorting by

×

LELAKI BARING ATAS JALAN MAUT DIGILIS LORI

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH 18 September – Seorang lelaki disyaki mengalami masalah mental maut selepas digilis sebuah lori di Jalan Paya Lebar Dalam, Lubok China, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu dipercayai sedang baring atau tidur di atas jalan.

Katanya, siasatan awal mendapati sebuah lori yang datang dari arah Pekan Lubok China menuju ke Jalan Paya Lebar Dalam telah melanggar mangsa yang berbaring di atas jalan raya.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayatnya telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan cap jarinya turut diambil bagi tujuan pengesahan identiti.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, Azrul menyeru saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Loh Gia Xao di talian 019-5382353 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3083
Kongsi :
Previous post MAIM PERUNTUK RM50,000 SUMBANG KOMPUTER RIBA UNTUK PELAJAR ASNAF
Next post BOT PANCUNG BAWA 20 PATI DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG KLING