
MPAG CERIAKAN LANDSKAP SAMBUT WTD 2025
ALOR GAJAH 20 September – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperhebat usaha mengindahkan landskap dan keceriaan di kawasan pentadbirannya sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang bakal berlangsung hujung bulan ini.
Yang Dipertua MPAG, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, tumpuan diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan landskap, termasuk penanaman pokok hiasan di sempadan Negeri Melaka yang berada dalam daerah Alor Gajah.
“Pokok hiasan ini sebagai langkah menyambut kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara supaya kelihatan tersusun dan cantik.
“Selain itu, kami turut menggiatkan usaha kebersihan dan keceriaan di lokasi-lokasi tumpuan yang akan dilawati pelancong supaya memberikan imej positif kepada daerah ini,” katanya.
Menurut beliau, walaupun tiada projek khas seperti mural atau pencahayaan dilaksanakan, fokus utama MPAG adalah memastikan kawasan pentadbirannya kelihatan kemas, bersih dan menarik.
“MPAG mahu memastikan segala usaha dilaksanakan ini menjadi Salah satu langkah memperkukuh imej pelancongan negeri.
“Dalam masa sama, kita turut mempromosikan WTD 2025 melalui pemasangan papan iklan dan bunting di lokasi strategik bagi mewujudkan suasana sambutan yang lebih meriah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
