Sorting by

×

TIGA BAS PERANTARA UNTUK KEMUDAHAH PENGUNJUNG WTD, WTC 2025

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 23 September – Orang ramai bercadang untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di Encore Melaka Sabtu ini boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara yang disediakan pihak penganjur.

Kerajaan Negeri menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak tiga bas perantara disediakan bagi kemudahan orang ramai di parkir sekitar Dataran Klebang, parkir Pulau Melaka, kawasan Lapang berhampiran The Seal, bahu Jalan sepanjang Eye On Malaysia dan parkir sekitar Taman Kota Shah Bandar / Taman Kota Laksamana Jaya.

“Kemuncak sambutan ialah Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu di Encore Melaka. Majlis ini juga akan dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

“Persembahan kemuncak melibatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar serta pelbagai pertunjukan menarik termasuk 1,000 dron yang membentuk formasi ikon pelancongan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, turut diatur adalah persembahan zapin melibatkan 3,000 peserta, Pesta Konda Kondi Negeri Melaka 2025, bagi mengangkat tradisi rakyat ke pentas global, Pesta Layang-Layang Antarabangsa dan Karnival Usahawan Melaka 2025 yang menghimpunkan lebih 60 usahawan tempatan.

Melaka turut mengetengahkan Pameran Pelayaran Bersejarah Wira Laut Dunia: Enrique de Malaca, anak tempatan yang terbukti sebagai individu Asia pertama mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan pada abad ke-16.

Antara bahan pameran eksklusif termasuk Wasiat Ferdinand Magellan (1519) yang mencatatkan nama Enrique sebagai pemuda Melaka di kapal Trinidad dan Daftar Armada Maluku ‘Rol de la Armada Magellan 1519’ yang mengiktiraf Enrique sebagai jurubahasa rasmi Magellan.

Orang ramai juga diminta mengikut arahan pihak berkuasa termasuk 600 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan untuk memastikan kelancaran dan menjamin keselamatan pengunjung sepanjang acara bertaraf dunia itu berlangsung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

379
Kongsi :
Previous post MELAKA SERIUS ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN
Next post MELAKA SASAR 2 JUTA PELANCONG KESIHATAN TAHUN HADAPAN