Sorting by

×

WTD, WTC 2025 : PERKUKUH KEDUDUKAN MELAKA SEBAGAI HAB PELANCONGAN SERANTAU

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 23 September – Penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 bakal membawa tuah kepada negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama AbRauf Yusoh, menerusi satu kenyataan memaklumkan, penganjuran acara itu secara tidak langsung akan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai hab pelancongan serantau.

“Selain itu penganjuran WTD dan WTC 2025 juga disasarkan mampu menarik 16.5 juta pelancong yang membawa pulangan pendapatan pelancongan dianggarkan berjumlah RM23.48 bilion.

“Penganjuran ini adalah hasil kerjasama erat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Melaka. Bertemakan ‘Pelancongan dan Transformasi Mampan’ acara ini memberi penekanan kepada kelestarian, keterangkuman dan inovasi dalam sektor pelancongan,” katanya.

Kehadiran 159 delegasi asing sepanjang tiga hari penganjuran acara bertaraf dunia itu dimanfaatkan Kerajaan Negeri untuk berkongsi dan menonjolkan keunikan budaya, seni serta warisan Melaka dengan antara yang diketengahkan adalah permainan tradisional konda kondi.

Peluang keemasan yang terbuka juga digunakan untuk mempromosikan produk pelancongan seperti Melaka River Cruise, Eco-Cruise Sungai Linggi, Menara Taming Sari dan tapak warisan dunia UNESCO.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1210
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR 2 JUTA PELANCONG KESIHATAN TAHUN HADAPAN