Sorting by

×

MASUK PERCUMA KE MELAKA WONDERLAND SEMPENA BULAN KELAHIRAN

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 25 September – Melaka Wonderland Theme Park & Resort menawarkan promosi kemasukan percuma buat warganegara Malaysia yang menyambut hari kelahiran pada bulan Oktober dan November 2025.

Promosi tersebut hanya terpakai kepada seorang bagi setiap keluarga serta perlu membeli empat tiket (minimum) ke atas dengan harga normal selain tembuat tempahan awal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee berkata promosi tersebut merupakan antara pelaksanaan inisiatif pihaknya bagi menghargai pengunjung yang tidak putus memberikan sokongan ke atas taman tema air itu.

“Menerusi tawaran berkenaan, pengunjung yang lahir pada bulan Oktober atau November akan berpeluang menikmati kemasukan percuma ke taman tema kami.

“Walau bagaimanapun, syarat dikenakan ialah tempahan perlu dibuat lebih awal dengan kakitangan kami (Melaka Wonderland) dan mereka perlu hadir bersama ahli keluarga dengan minimum empat orang lain yang membeli tiket pada harga normal.

“Bagi pengunjung yang ingin membuat tempahan awal tetapi masih belum menetapkan tarikh kehadiran, anda tidak perlu risau kerana pengesahan tarikh adalah sah sehingga 31 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Img 20250924 220109 430
MELAKA Wonderland Theme Park & Resort menawarkan promosi kemasukan percuma buat warganegara Malaysia yang menyambut hari kelahiran pada bulan Oktober dan November 2025 dan ianya terpakai kepada seorang bagi setiap satu keluarga serta perlu membeli empat tiket (minimum) ke atas dengan harga normal dan perlu membuat tempahan awal.

Jelasnya, promosi ulang tahun kelahiran itu turut disertakan dengan pakej khas untuk kumpulan melebihi 30 orang, termasuk tempahan korporat, majlis keluarga dan acara berkonsepkan sukaneka.

“Pakej ini kami sediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai meraikan hari istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana lebih meriah di Melaka Wonderland,” katanya.

Tambahnya, Melaka Wonderland Theme Park & Resort turut tawarkan potongan harga 20 peratus bagi aktiviti tasik seperti Pedal Boat, Tube Ride dan Fish Feeding.

Bagi tempahan awal atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 017-9930217 (Azri), 017-2332576 (Cik Khaleedah) atau talian pejabat di 06-231 3333/1119.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post WTD 2025 PELUANG PPSPM PROMOSI PELANCONGAN AIR MELAKA KEPADA DUNIA
Next post UTEM, UNIVERSITI KINDAI BANGUNKAN SISTEM PENGURUSAN BANJIR