Sorting by

×

MPJ SELESAI 97 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN 611 ADUAN DITERIMA

Masa Membaca:52 Saat

JASIN 28 November – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berjaya menyelesaikan sebanyak 592 atau 97 peratus daripada keseluruhan 611 aduan melibatkan pelbagai kategori diterima bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025.

Yang Dipertua MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, baki 19 lagi aduan diterima sepanjang tempoh berkenaan ketika ini sedang dalam tindakan penyelesaian.

“Aduan terbabit dibahagikan kepada tujuh kategori dengan isu mengenai landskap sebanyak 99 kes, kacau ganggu (195); kebersihan (41); infrastruktur (140); vektor (98); bangunan (8) serta lain-lain (30).

“Kami menerima 81 aduan sepanjang Jun iaitu paling tinggi sepanjang tempoh 10 bulan. MPJ kini memperluaskan penggunaan aplikasi dan talian aduan digital bagi memudahkan orang awam membuat laporan secara terus,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahiruddin berkata, setiap aduan diterima akan disiasat pada kadar segera dan tindakan akan diambil dalam tempoh munasabah bagi menjaga kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

“Kami turut menasihatkan masyarakat agar menggunakan saluran rasmi untuk membuat aduan dan tidak menularkan maklumat tidak sahih di media sosial kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

388
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: FOKUS KELESTARIAN PENDIDIKAN, HAL EHWAL AGAMA