
BAJET NEGERI MELAKA 2026: FOKUS KELESTARIAN PENDIDIKAN, HAL EHWAL AGAMA
AYER MOLEK 28 November – Kelestarian sistem pendidikan dan pengukuhan hal ehwal agama perlu diketengahkan pada Bajet Negeri Melaka 2026 yang bakal dibentangkan Disember ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, keperluan itu merangkumi usaha meningkatkan kemudahan pendidikan, memperkasa program agama serta memastikan sokongan berterusan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
“Permohonan bajet perlu melibatkan bantuan kepada persatuan mahasiswa di universiti seluruh negara termasuk anak-anak Melaka, selain pelbagai program berkaitan pembangunan pendidikan dan agama yang dirancang bagi tahun depan.
“Alhamdulillah, bajet yang kami mohon telah diterima pada peringkat perbincangan, namun kelulusannya hanya akan dimuktamadkan ketika sidang dewan minggu depan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Rahmad berharap agar peruntukan itu dapat diluluskan kerana semuanya adalah untuk keperluan anak-anak negeri Melaka.
“Kami percaya dengan kelulusan peruntukan ini, ia akan memperkukuh pendidikan dan memantapkan program agama sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada generasi muda negeri ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Usaha memastikan pekerja gig seperti penunggang e-hailing dan p-hailing dilindungi menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial...
RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka sudah melengkapkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
