Sorting by

×

MPJ PERKEMAS GERAK KERJA 2026 DEMI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK WARGA JASIN

Masa Membaca:55 Saat

JASIN 4 Februari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 bagi merangka hala tuju dan gerak kerja organisasi lebih cekap bagi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, bengkel itu bertujuan menilai pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi 2025 serta membincangkan perancangan SKU bagi 2026.

“Saya yakin usaha ini mampu menjadi platform strategik untuk memastikan setiap gerak kerja organisasi berada pada landasan yang tepat.

“Bengkel seperti ini juga memberi peluang kepada setiap jabatan dan unit untuk berkongsi idea, menilai pencapaian terdahulu serta merangka langkah baharu lebih efektif bagi memenuhi keperluan masyarakat,” katanya.

Whatsapp image 2026 02 02 at 2.55.20 pm
MUHAMMAD Zahiruddin (duduk tengah) bergambar bersama kakitangan MPJ yang terlibat pada bengkel tersebut. Foto MPJ

Menurutnya, pelaksanaan SKU yang terancang diharap dapat selaras dengan sasaran tahunan yang ditetapkan dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di daerah Jasin.

“Kita berharap setiap jabatan dan unit dapat memanfaatkan bengkel ini bagi merangka langkah yang lebih efektif untuk mencapai objektif organisasi sepanjang tahun 2026,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN RAMADAN, SYAWAL
Next post LEBIH 1,000 PILI BOMBA DI MELAKA ROSAK, VANDALISME ANTARA PUNCA