Sorting by

×

HIASAN KETUPAT, BUNGA MALAI SERLAH SEMANGAT PERPADUAN TAHUN BAHARU CINA DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

MACHAP JAYA 4 Februari – Hiasan sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Baru Permai Machap Umboo tahun ini dianggap istimewa kerana menyelitkan elemen perpaduan selain menggamit kenangan dulu-dulu penduduk penempatan itu.

Pengarah Projek Hiasan Tahun Baharu Cina, Kampung Baru Permai Machap Umboo, Tai Siew Hui berkata susunan hiasan tahun ini bukan dibuat secara ‘semberono’ atau sekadar sedap mata memandang, tetapi membawa mesej keharmonian serta perpaduan di Malaysia sejak negara merdeka lebih enam dekad lalu.

6296155656754499127
PENGARAH Projek Hiasan Tahun Baharu Cina, Kampung Baru Permai Machap Umboo, Tai Siew Hui. Foto Afiq Muataffa

Katanya, tahu ini penduduk bergotong-royong menyiapkan hiasan seperti nyiru, lemang dan tanglung berbentuk ketupat yang cukup sinonim dengan orang Melayu, sementara itu bunga malai pula melambangkan masyarakat India.

“Mesej kami mudah iaitu kita sama-sama kongsi raya, Tahun Baharu Cina adalah perayaan untuk semua kaum, kita kaya dengan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang tinggal sebumbung di bumi ini sejak sekian lama.

“Sementara itu bagi menggamit nostalgia lalu, kami perkenalkan maskot ‘Umbulat’ bagi menghargai generasi dulu yang majoritinya adalah penoreh getah. Malah kami pada zaman kanak-kanak menjadikan biji getah sebagai permainan untuk mengisi masa lapang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6296155656754499146
REPLIKA kuda antara hiasan menarik perhatian pengunjung singgah di Kampung Baru Permai Machap Umboo. Foto Afiq Mustaffa

Siew Hui berkata, sesuai dengan kedatangan tahun kuda kampung berkenaan juga dihias dengan lebih 30 replika haiwan berkenaan yang melambangkan kebebasan, tenaga dan kepantasan yang diharap membawa keberuntungan khususnya kemajuan ekonomi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post FESTIVAL HELLO KOMODITI SUNGAI RAMBAI BERLANGSUNG 3 HARI 3 MALAM
Next post ASNAF MAIM BERSYUKUR ADA CAHAYA SAMBUT RAMADAN, SYAWAL