Sorting by

×

KEHADIRAN TUN DR. MOHD ALI SERIKAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN JBPM MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PAYA RUMPUT 24 Februari – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Program Ihya’ Ramadan 1447H Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka di Balai Bomba dan Penyelamat Cheng, hari ini.

Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali pada jam 6.50 petang itu disambut Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum bersama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

Turut serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Ir. Ts Ahmad Izram Osman serta Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zaidi Ma’at.

Program penuh keberkatan itu dimulakan dengan penyampaian sumbangan bakul Ramadan kepada golongan memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput serta sumbangan kepada anak-anak tahfiz sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Selesai penyampaian sumbangan, Tun Dr. Mohd Ali turut meluangkan masa mendengar tazkirah ringkas bersama para hadirin, majlis kemudian disusuli tahlil dan doa selamat sebagai pengisian rohani menjelang waktu berbuka.

Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama warga JBPM Melaka dan tetamu jemputan sebelum menikmati juadah berbuka puasa.

Selain itu Tun Dr. Mohd Ali turut menunaikan solat sunat Tarawih pada jam 8.30 malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3326
Kongsi :
Previous post MELAKA NEGERI KEDUA TERBAIK INDEKS PERPADUAN RAKYAT