PEMATUHAN UNDANG-UNDANG, PELESENAN ASAS SETIAP OPERASI PERNIAGAAN – AB RAUF 

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 29 November – Operasi semua bentuk perniagaan perlu dilaksanakan mengikut undang-undang dan perlesenan sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh, turut menegaskan bahawa aspek seperti  tanggungjawab pengurusan serta tatacara operasi yang ditetapkan juga perlu sentiasa diberi keutamaan.

“Operasi syarikat ini melibatkan bidang pembekalan senjata api dan ia juga tertakluk kepada peraturan dan kawal selia pihak berkuasa berkaitan,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Terdahulu beliau hadir menyempurnakan pembukaan rasmi operasi syarikat pembekalan senjata api berkenaan di Cheng, di sini, hari ini.

Sementara itu Pengurus MCC Pro Arms Sdn Bhd, Chai Boon Ling berkata, pembukaan cawangan pertama syarikat itu bertujuan memenuhi keperluan pemilik senjata berlesen kerana difahamkan premis yang menyediakan perkhidmatan itu masih terhad di Melaka.

“Dengan pembukaan ini kami harap ia akan memudahkan pemilik senjata berlesen seperti pemilik ladang atau pemburu untuk mendapatkan perkhidmatan seperti penyelenggaraan,” katanya.

Katanya, pemilihan Cheng sebagai lokasi premis itu dibuat berdasarkan kedudukannya yang strategik selain terletak antara daerah Alor Gajah dan Jasin.

“Seperti yang kita tahu kebanyakkan ladang dan kebun terletak di Alor Gajah dan Jasin jadi Cheng dilihat amat sesuai kerana berdekatan.

“Ini akan memudahkan pemilik senjata berlesen untuk datang ke premis kami bagi mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu pergi jauh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

232
Kongsi :
Previous post NAIK TARAF PADANG, GELANGGANG SUKAN JADI FOKUS NADARAJAH