Sorting by

×

‘PERHATI DAN PILIH’ DIDIK MASYARAKAT JADI PENGGUNA BIJAK

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

LENDU 27 Februari – Kempen ‘Perhati dan Pilih’ menjadi platform strategik dalam mendidik orang ramai terutamanya pengguna berhubung aspek kebersihan makanan atau minuman yang ditawarkan kepada mereka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem kempen sama juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung keadah pengendalian makanan yang betul dalam kalangan peniaga.

Katanya, sepanjang kempen itu Jabatan Kesihatan Negeri Melaka turut menggandakan penguatkuasaan bagi memastikan pengendali makanan mengamalkan aspek kebersihan kendiri selain sudah mendapatkan suntikan tifoid.

“Bagi masyarakat Muslim sudah pasti akan ke pasar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka, berikutan itu kita adakan kempen di kawasan tumpuan ini.

“Pengguna diingatkan supaya terlebih dahulu menilai barangan jualan terutama makanan sebelum membuat keputusan untuk dibeli atau tidak, jangan sampai tersalah pilih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Walkabout Kempen ‘Perhati dan Pilih’ Sempena Ramadan Tahun 2026 di Tapak Pasar Ramadan Pekan Masjid Tanah, di sini, pada Selasa.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Timbalan Pengarah (Keselamatan & Kualiti Makanan) Dorothy Dayang Henry Sum.

Hee Sem berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka juga mengadakan perjumpaan bersama penganjur pasar Ramadan bagi berkongsi tips kebersihan serta aspek-aspek lain yang amat penting dalam hal pengendalian makanan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

435
Kongsi :
Previous post ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN JADI KEUTAMAAN MPHTJ
Next post PROJEK BAHARU PADANG RIMAU BANGUNKAN 130 HEKTAR TANAH TERBIAR