Sorting by

×

MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 25 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Tajaan Pensijilan Kemahiran (TPK) Sesi 2026.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan tawaran itu terbuka kepada anak-anak atau tanggungan asnaf MAIM berumur 18 hingga 24 tahun terhad kepada 20 orang sahaja.

Jelas kenyataan itu, antara bidang pensijilan yang ditawarkan adalah seperti Sijil Kemahiran Kimpalan; Sijil Kemahiran Polimer (Plastic); Sijil Kemahiran Penyelenggaraan Mekanikal dan Sijil Kemahiran Instrumen Perindustrian.

“Proses permohonan adalah melalui sistem UPTVET yang dipandu bersama oleh MAIM. Pendaftaran akan bermula pada Julai 2026 dan tempat pengajian adalah di ADTEC, Bukit Katil dengan tempoh pengajian sepenuh masa selama dua tahun.

“Syarat kelayakan adalah seperti sihat tubuh badan dan tidak menghidap sakit kronik, selain mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata kenyataan itu.

Whatsapp image 2026 02 25 at 17.14.31

Menurut MAIM, antara manfaat program TPK itu adalah elaun, kit kursus dan penginapan disediakan kepada pelajar, selain pelajar juga menerima tajaan penuh yuran pengajian.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Insan MAIM di talian +6011-589104140 (WhatsApp).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

693
Kongsi :
Previous post BOMBA MELAKA KONGSI REZEKI, CERIAKAN RAMADAN KELUARGA B40