
KONVENSYEN AUDIT ANTARABANGSA 2026 BAKAL DIADAKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 27 Februari – Jabatan Audit Negara berhasrat memilih Negeri Melaka sebagai lokasi penganjuran Konvensyen Audit Negara 2026.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, konvensyen itu dijadual akan diadakan pada Julai tahun ini.
“Kerajaan Negeri Melaka berbangga dengan pemilihan negeri ini bagi penganjuran konvesyen bertaraf antarabangsa, sekali gus membuktikan keupayaan Melaka dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya menyatakan komitmen dan kesediaan penuh untuk memudah cara penganjuran konvensyen tersebut.
“Sesungguhnya, budaya menyantuni dan meraikan tetamu sudah menjadi tradisi orang Melaka. Inilah cara orang Melaka,” katanya.
Terdahulu, beliau menerima kunjung hormat Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.
Turut bersama pada sesi kunjung hormat itu, Pengarah Audit Prestasi Jabatan Audit Negara Raftah Ibrahim; Pengarah Sektor Pengurusan Jabatan Audit Negara Azlin Azizan serta Pengarah Jabatan Audit Negeri Melaka Khairul Azrin Mod Rifat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
