Sorting by

×

MELAKA SAMBUT BAIK USAHA NGO SOKONG ASPIRASI ‘MESRA’

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDA HILIR 2 Mac – Kerajaan Negeri menyambut baik inisiaitf mana-mana NGO atau persatuan yang menganjurkan program-program membabitkan aspek kebajikan rakyat Melaka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, langkah itu dilihat selari serta menyokong aspirasi Kerajaan Negeri iaitu Melaka Sayang Rakyat ‘(MeSRa).

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka menerima kerjasama dan sumbangan daripada mana-mana pihak tanpa syarat, selagi ia memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat negeri ini

“Kita di Melaka inu memang mengalu-alukan lebih banyak institusi, pertubuhan atau NGO untuk bersama Kerajaan Negeri dalam memperluaskan lagi pemberian sumbangan serta bantuan kepada rakyat.

“Apatah lagi pada bulan puasa yang mulia ini, lebih banyak ganjaran diperolehi di samping membantu golongan memerlukan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri Majlis Mahabbah Ramadan HAWA 2026 di Masjid Selat, di sini, semalam.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Utama Hamidah Khamis.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri merangkap Pengerusi Bistari Negeri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abdul Aziz; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem serta kenamaan lain.

Hadir sama, Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi HAWA Melaka Datuk Haryaty Hamdzah dan Pengerusi HAWA Care, Datuk Paduka Datuk Nor Hayati Onn.

Dalam pada itu, Kalsom memaklumkan program berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk mendekati dan mencintai al-Quran, malah turut diselitkan dengan aktiviti kebajikan termasuk penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan mualaf.

“Penglibatan NGO dalam menjayakan program ini amat signifikan.

“Alhamdulillah, program ini boleh dianggap tiga dalam satu program yang mana dalam kita menghayati al-Quran, pada masa sama kita turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post PENGKALAN BATU MERIAH DENGAN PROGRAM SEPANJANG RAMADAN
Next post DEMI KESELAMATAN RAKYAT, KETUA MENTERI TINJAU SIMPANG ‘BERDARAH’ LONDANG