Sorting by

×

DUA DITAHAN BERSAMA SYABU 3KG, SOROK KETAMIN DALAM KATRIJ VAPE

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 2 Mac – Aktiviti pengedaran dadah jenis syabu tumpas selepas polis menahan dua individu dalam satu serbuan di Tengkera dengan rampasan keseluruhan bernilai RM173,750, pada 23 Februari lalu.

Dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 21 tahun warga tempatan serta seorang wanita warga asing berusia 18 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan ditahan di Jalan Persisiran Pantai, di sini pada jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemukan tiga bungkusan plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat 3.06 kilogram yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Katanya, turut dirampas satu bungkusan mengandungi 95 bungkusan yang berbentuk kartrij vape berisi cecair ketamin dengan anggaran isipadu keseluruhannya 0.332 liter bernilai RM23,750.

“Jumlah keseluruhan rampasan kedua-dua jenis dadah itu dianggarkan bernilai RM173,750,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif methamphetamine manakala suspek perempuan positif ketamin.

“Semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod lampau pada tahun 2024 di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, manakala suspek perempuan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 24 Februari hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

512
Kongsi :
Previous post POLIS SERBU RUMAH DI BANDA HILIR, JUMPA DADAH BERNILAI RM226,500
Next post  RAMADAN TIDAK HALANG KHIDMAT: KETUA MENTERI ATUR STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK PERSIMPANGAN SOLOK DUKU