Sorting by

×

MPHTJ PERGIAT OPERASI TURUNKAN PAPAN IKLAN HARAM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 14 April – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus mempergiat operasi menurunkan papan iklan haram dan lusuh di dalam kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, setakat ini sebanyak 1,016 papan iklan haram termasuk lusuh sudah diturunkan pihaknya menerusi operasi berkala yang dijalankan.

“Sepanjang tahun lalu MPHTJ telah menjalankan sebanyak 28 operasi dan hasilnya kira-kira 1,000 papan iklan berjaya diturun.

“Sementara itu dalam operasi terbaharu dilakukan 10 April (Jumaat) sebanyak 16 papan iklan haram termasuk lusuh telah diturun serta dirobohkan membabitkan lokasi antaranya di Jalan Gangsa, Jalan Tun Hamzah dan Jalan Tehel.

“Antara papan iklan yang diambil tindakan antaranya berkaitan iklan ah long, tidak berlesen, papan iklan yang menghalang halangan serta yang sudah uzur,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Sapiah, operasi dilakukan bertujuan bagi memastikan kawasan persekitaran pentadbiran MPHTJ lebih tersusun dan selamat selain memastikan pihak terbabit mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT.

“Untuk makluman MPHTJ akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang sentiasa dipatuhi oleh semua pihak .

“Justeru itu, semua pemilik premis dan individu diingatkan supaya tidak memasang sebarang papan iklan tanpa kelulusan dan permit sah bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun serta perobohan tanpa notis,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH LEBIH SINGKAT, WRUR TERBUKTI MEMUDAHKAN RAKYAT
Next post ROSNAH SETIA JAGA SUAMI TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR