Sorting by

×

ROSNAH SETIA JAGA SUAMI TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GADEK 14 April – Kunjungan kepimpinan Kerajaan Negeri memecahkan kesunyian di kediaman Rosnah Abu, 69, selain menceriakan wanita ini yang tidak pernah jemu menjaga suaminya Aripin Said, 74, kini terlantar akibat diserang angin ahmar sejak hampir tiga tahun lalu.

Rosnah berkata, suaminya sebelum ini disyaki mengalami masalah saraf, namun selepas menjalani pemeriksaan kesihatan doktor mengesahkan Arifin sebenarnya diserang angin ahmar.

“Sekarang pergerakan suami terbatas tetapi untuk makan minum tidak ada masalah, semuanya saya uruskan sendiri.

“Kami amat berbesar hati menerima kunjungan kepimpinan Kerajaan Negeri, sedikit sebanyak menghilangkan rasa sunyi,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini pada Program Ziarah Kasih sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek di kediamannya di Taman Baiduri, Kuala Ina, Alor Gajah di sini, semalam.

Ziarah itu melibatkan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Leng Chau Yen serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Halyjah Muhammad.

Pada kunjungan itu Rosnah turut menerima sumbangan lampin pakai buang bagi kegunaan suaminya dan bekalan makanan asas bagi membantu meringankan beban kewangan pasangan ini.

Program itu memberi ruang kepada kepimpinan negeri untuk melihat sendiri keadaan rakyat yang memerlukan perhatian serta menyampaikan bantuan secara terus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post MPHTJ PERGIAT OPERASI TURUNKAN PAPAN IKLAN HARAM
Next post MAIM SALUR BANTUAN AIDILADHA, SOKONG PERSIAPAN JEMAAH HAJI