Sorting by

×

MAIM SALUR BANTUAN AIDILADHA, SOKONG PERSIAPAN JEMAAH HAJI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PENGKALAN BATU 14 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan membantu golongan asnaf serta menyokong persiapan jemaah menjelang musim haji tahun ini.

Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, antara inisiatif utama adalah penyaluran Bantuan Aidiladha kepada asnaf yang layak, dijadual bermula 18 Mei ini.

“Bantuan tersebut akan salurkan secara terus ke akaun bank penerima, manakala sebahagian kecil diberikan secara tunai kepada mereka yang tidak mempunyai akaun.

“Kadar bantuan yang ditetapkan ialah RM400 bagi golongan fakir dan RM300 bagi golongan miskin,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MAIM di Lobi Utama Pusat Islam Melaka, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shaifulfazlee berkata, MAIM turut menyalurkan sumbangan kepada Lembaga Tabung Haji bagi menyokong pelaksanaan kursus berkaitan ibadah haji.

“Antara sumbangan yang diberikan ialah sebanyak RM5,000 bagi Kursus Asas Paduan Haji yang diperkenalkan tahun ini bagi membantu bakal jemaah yang memerlukan pengukuhan ilmu asas.

“Sumbangan ini bertujuan membantu melancarkan penganjuran kursus serta memberi manfaat kepada bakal jemaah haji dari segi persediaan ilmu dan ibadah,” katanya.

Tambahnya, MAIM turut mendoakan semua jemaah haji Melaka dapat menunaikan ibadah dengan lancar serta pulang ke tanah air dalam keadaan selamat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post ROSNAH SETIA JAGA SUAMI TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR
Next post WRUR GADEK: MPAG ‘CERIAKAN’ RUMAH WARGA EMAS DERITA KANSER HATI