Sorting by

×

MBMB TAWAR DISKAUN 80 PERATUS SEMPENA ULANG TAHUN KE-23 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 16 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan diskaun bayaran kompaun sehingga 80 peratus bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, diskaun melibatkan kompaun kesalahan mengikut undang-undang kecil majlis termasuk kesalahan tempat letak kereta yang sah bermula 15 April hingga 15 Mei 2026.

“Tawaran tidak melibatkan kes berstatus dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), saman serta tindakan mahkamah selain kesalahan kerja tanah tanpa permit, isu sampah dan kekotoran serta kes mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2001.

“Pengurangan ini hanya melibatkan kompaun di bawah bidang kuasa MBMB dan tidak termasuk parkir berpalang atau kendalian swasta,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selain itu, Shadan berkata MBMB turut menawarkan pengecualian caj perkhidmatan bagi cukai taksiran harta kepada pemilik yang menjelaskan tunggakan sepenuhnya dalam tempoh berkenaan.

“Turut disediakan ialah proses pertukaran nama pemilik harta secara percuma, berbanding caj RM30 sebelum ini, sama ada melalui laman web atau di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB.

“Dalam masa sama, pengurangan sebanyak 30 peratus turut diberikan bagi tunggakan sewa gerai, pasar dan lot niaga dengan syarat bayaran dijelaskan sepenuhnya,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh membuat pembayaran melalui kaunter bayaran, kios layan diri serta kios pandu lalu yang disediakan.

“Pelaksanaan insentif ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan warga bandaraya serta menggalakkan penyelesaian tunggakan secara menyeluruh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

570
Kongsi :
Previous post WRUR LAMBANG KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Next post TAMING SARI EDUEXPLORE: PENGALAMAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF DARI PUNCAK MENARA