Sorting by

×

BERMALAM DI MUZIUM MELAKA TERAP NILAI STEM, REKREASI

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 15 April – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kembali menganjurkan program ‘Sleepover @ The Museum’, namun menawarkan pengalaman berbeza dan lebih menarik apabila menggabungkan elemen pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta rekreasi.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, antara kelainan program kali ini ialah pelaksanaan aktiviti Kit STEM DIY dibekalkan ke semua muzium negeri bagi memberi pendedahan melalui kaedah interaktif kepada peserta.

“Kit STEM DIY ini merupakan set pembelajaran berasaskan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang membolehkan peserta menjalankan aktiviti eksperimen atau membina projek ringkas secara ‘hands-on’.

“Melalui pendekatan ini, peserta bukan sahaja dapat memahami konsep secara teori, malah berpeluang mengasah kemahiran berfikir kritis, kreativiti dan penyelesaian masalah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 04 14 at 3.18.34 PM
PROGRAM ‘Sleep Over @ The Museum’ anjuran PERZIM. Foto Facebook Muzium & Galeri Melaka

Menurutnya, pakej ‘sleep over’ itu kebiasaannya mula mendapat permintaan tinggi selepas musim perayaan dan sekitar pertengahan tahun apabila sekolah mula merancang lawatan pendidikan.

“Program ini memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam muzium dengan hanya berbekalkan ‘sleeping bag’ selain menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

“Ia secara tidak langsung dapat membentuk sikap berdikari serta kemahiran pengurusan masa dalam kalangan peserta,” katanya.

Tambah beliau, antara aktiviti yang sering mendapat sambutan ialah pembelajaran mengikat setanjak dan sampin yang memberi pendedahan kepada warisan budaya tempatan.

“Program ini menyasarkan penyertaan pelajar sekolah rendah, menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT) memandangkan aktiviti yang disusun adalah ringkas, santai dan mudah difahami.

“Dengan bayaran RM65 seorang, peserta akan menerima pakej lengkap termasuk tiga kali makan dan minum, penyertaan aktiviti, sijil, ‘sleeping bag’ serta tiket masuk ke muzium,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1016
Kongsi :
Previous post WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA
Next post TELUR ASIN BUKIT SEDANAN BERSIH, BERKUALITI