Sorting by

×

TAMING SARI EDUEXPLORE: PENGALAMAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF DARI PUNCAK MENARA

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDA HILIR 16 April – Lebih 100 murid bakal menyertai program pembelajaran secara interaktif, Taming Sari EduExplore dijadualkan berlangsung di Menara Taming Sari, hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, program julung kali dianjurkan itu bakal melibatkan murid dan pelajar sekolah seluruh Negeri Melaka.

Namun katanya, penyertaan Taming Sari EduExplore sebenarnya dibuka kepada murid pra sekolah; sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia menerusi pakerj menarik yang ditawarkan.

“Kita tawarkan harga menarik iaitu RM16 sahaja bagi murid pra sekolah dan sekolah rendah, sementara itu pelajar sekolah menengah pula RM18. Program ini juga sudah mendapat kelulusan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan siri pertama berlangsung hujung bulan ini diikuti siri kedua pada awal Mei.

“Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan, ramai guru sekitar Melaka dan luar negeri ini yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka tertarik dengan apa yang Menara Taming Sari tawarkan,”katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 04 14 at 3.43.54 PM
POSTER Taming Sari EduExplore.

Mengulas lanjut, Nur Azan berkata, antara pengisian Taming Sari EduExplore, setiap peserta akan diberikan kit sebagai panduan dan menyelesaikan soalan dalam kumpulan.

Jelasnya, lokasi pengembaraan itu akan berlangsung di Menara Taming Sari dan sekitar menara ikonik itu dan peserta perlu menyelesaika tugasan mengikut tempoh masa yang diberikan.

“Sepanjang berada di atas menara itu nanti, peserta akan melaksanakan tugasan seperti kad pemerhatian sambil mendengar penerangan daripada petugas.

“Mereka perlu mengenal pasti dan menanda perkara yang dapat dilihat dari atas menara sebelum meneruskan aktiviti seterusnya dan sebaik turun dari menara, peserta akan menyertai aktiviti berbentuk ‘puzzle’ sebagai pengukuhan kepada pembelajaran yang diperoleh.

“Kesemua peserta program ini akan menerima sijil penghargaan selain maklumat mereka akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan pengiktirafan markah kokurikulum,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post MBMB TAWAR DISKAUN 80 PERATUS SEMPENA ULANG TAHUN KE-23 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Next post YB ALONG RAIKAN ORANG REMBIA