Sorting by

×

YB ALONG RAIKAN ORANG REMBIA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

REMBIA 16 April – Jamuan Aidilfitri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilaksanakan mengikut Zon bertujuan menggamit lebih ramai penduduk setempat untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang diajurkan.

Penyelaras DUN Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, sambutan dijalankan mengikut giliran bermula dengan Zon 1 iaitu Pekan Alor Gajah berlangsung semalam dan diikuti Zon 2 (Kelemak), Zon 3 (Sungai Petai), Zon 4 (Pengkalan) dan Zon 5 (Rembia).

“Kita laksanakan sambutan ini lima hari berturut-turut bermula 15 April dan insya-Allah penganjuran sambutan mengikut zon membolehkan lebih ramai penduduk hadir.

“Sambutan di setiap zon pasti ada kelainan atau menu istimewa, contoh bagi Zon 1 Pekan Alor Gajah kita menyediakan mi rebus untuk tetamu selain pelbagai lagi juadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat @DUN Rembia Zon 1: Pekan Alor Gajah di Perkarangan Balai Raya Kampung Baru, di sini, semalam.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad barisan Exco, Timbalan Exco serta tetamu istimewa iaitu 1,500 penduduk sekitar Pekan Alor Gajah.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, konsep penganjuran mengikut zon juga memberikan impak dan menyentuh hati orang ramai selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

“Tetamu juga dapat menikmati hidangan dalam suasana lebih selesa, boleh duduk bersembang lebih lama dalam suasana kediaman Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

383
Kongsi :
Previous post TAMING SARI EDUEXPLORE: PENGALAMAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF DARI PUNCAK MENARA
Next post WRUR GADEK: LEBIH 40 ADUAN RAKYAT SUDAH ADA PENYELESAIAN SEGERA