
MAIM BUKA ‘PASAR PERCUMA’ DI AYER MOLEK ESOK
AYER MOLEK 17 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) menganjurkan Pasar Percuma bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, esok.
Program itu diadakan bersempena Jualan Rahmah MADANI bertempat di Masjid Al-Hakim Pengkalan Renggam, Kandang.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi inisiatif itu, orang ramai khususnya mereka yang benar-benar memerlukan boleh mengambil pelbagai barangan yang disediakan secara percuma.

Jelas MAIM, antara barangan tersebut adalah pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak serta pelbagai lagi.
“Pasar Percuma ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi BSAT MAIM di talian 06-2868110,” kata MAIM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
