Sorting by

×

MELAKA HALAL HUB 2.0 BAKAL BUKA 2,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

SERKAM 17 April – Pembangunan Melaka Halal Hub 2.0 bakal memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri apabila dijangka membuka sehingga 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, projek berkeluasan 19.42 hektar (48 ekar) dengan nilai RM35 juta itu merupakan antara inisiatif strategik dalam memperkukuh lagi ekosistem industri halal negeri.

Jelas beliau, pembangunan membabitkan sebanyak 64 kilang teres dan 17 lot industri itu dijangka menarik pelaburan bernilai RM100 juta.

“Pojek ini bukan sahaja menarik pelaburan baharu, malah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka dan ini satu lonjakan besar dalam pembangunan industri negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Melaka Halal Hub 2.0 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub 2.0, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Zaidi Attan; Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Pengarah Urusan PDG Development Sdn Bhd Datuk Seri Gwee Yew Kiat serta Ketua Pegawai Kewangan Halal Development Corporation Berhad Ainul Azman Ainul Jamal.

Menurut Khaidhirah, syarikat antarabangsa termasuk dari Jepun dan China telah menunjukkan minat untuk melabur dalam industri halal di Melaka, sekali gus membuktikan negeri kecil ini terus berupaya menarik minat pelabur antarabangsa.

“Lebih 200 produk halal dari Melaka juga telah menembusi pasaran antarabangsa, di mana ia menunjukkan potensi besar sektor ini yang terus berkembang.

“Justeru itu, pembangunan Melaka Halal Hub 2.0 ini disifatkan sebagai ‘the real game changer’ yang akan memperkukuh kedudukan Melaka sebagai hab industri halal serantau,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

388
Kongsi :
Previous post KPT SEDIA TAWAR TEMPAT KEPADA PELAJAR MALAYSIA TERJEJAS KONFLIK ASIA BARAT
Next post MAIM BUKA ‘PASAR PERCUMA’ DI AYER MOLEK ESOK