Sorting by

×

HARGAI JASA GURU, KAGUMI SEMANGAT KEBERSAMAAN ORANG MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

LENDU 19 April – Pendidikan adalah nadi kepada pembangunan sesebuah bangsa dengan guru sebagai penggerak utama dalam memastikan kemenjadian pelajar yang diamanahkan kepada mereka.

Bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pengalaman diperoleh hasil ketegasan guru dalam mendidik ketika beliau bergelar pelajar adalah panduan hidup yang amat bernilai.

“Saya mahu berikan ucapan khas kepada guru saya yang berada bersama-sama di sini, beliau mendidik saya yang mengasuh saya, kalau bukan kerana ketegasan beliau tidak mungkin saya berdiri di sini hari ini. Ribuan terima kasih kepada Cikgu Wahid Kidam dan isteri beliau.

“Beliau adalah salah seorang guru yang mendidik saya ketika berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Reunion Hari Raya Aidilfitri Bekas Pelajar SPM 82, SGB, SMMT & SMR di sebuah kafe di Masjid Tanah,Ā  di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) Abdul Aziz Baba dan penyelaras program Datuk Kamarulzaman Jantan.

Terdahulu pada majlis itu Ketua Menteri meraikan 15 orang guru dan 220 bekas pelajar SMK Ghafar Baba, SMK Masjid Tanah dan Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah.

Katanya, pertemuan dianjurkan membawa makna yang cukup besar kerana menjadi ruang yang menghimpunkan semua sebagai sebuah keluarga besar anak watan Masjid Tanah yang dipaut bukan sekadar oleh nama sekolah, tetapi kenangan, jasa dan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

“Saya mendoakan agar ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan dan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia untuk bertemu lagi pada masa yang akan datang, insya-Allah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

640
Kongsi :
Previous post HOSPITAL ALOR GAJAH RAIH PENSIJILAN MSQH PERTAMA
Next post DUA INISIATIF PERKUKUH DAYA TAHAN KOMUNITI PANTAI PERINGGIT