Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE ‘MELETUP’ DI MATTA FAIR MELAKA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 23 April – Penyertaan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)
dalam MATTA Fair Melaka 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 April lalu di Mahkota Parade menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung.

Sepanjang berlangsungnya pameran itu, PPSPM berjaya mencuri tumpuan menerusi promosi jualan tiket Melaka River Cruise dengan potongan harga sehingga 30 peratus, sekali gus menarik minat pengunjung tempatan.

Inisiatif itu terbukti berkesan apabila hampir 2,500 tiket berjaya dijual dalam tempoh tiga hari, menjadikan booth Melaka River Cruise antara yang paling mendapat perhatian sepanjang pameran berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris, berkata sambutan menggalakkan itu mencerminkan minat berterusan orang ramai terhadap produk pelancongan ikonik negeri berkenaan, selain menjadi platform terbaik untuk mendekati pengunjung dan mempromosikan Melaka River Cruise secara lebih meluas.

“Penyertaan dalam MATTA Fair ini bukan sahaja meningkatkan jualan, malah membuka peluang kepada kami untuk memperkenalkan pengalaman unik Melaka River Cruise kepada lebih ramai pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 04 21 at 14.46.31
ANTARA pengunjung yang membeli tiket Melaka River Cruise di MATTA Fair Melaka 2026.

Menurutnya lagi, PPSPM akan terus mempergiatkan usaha promosi serta memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu bagi memastikan produk pelancongan berasaskan sungai itu kekal relevan dan menjadi pilihan utama pelancong.

MATTA Fair Melaka 2026 menghimpunkan kira kira 40 penggiat pelancongan dalam dan luar Melaka antaranya syarikat penerbangan, hotel serta pemain industri pelancongan tempatan dan antarabangsa, sekali gus menawarkan pelbagai pakej percutian menarik pada harga promosi yang kompetitif.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post LAMAN SENI, DATARAN SEJARAH AYER KEROH BAKAL BERWAJAH BAHARU – MPHTJ
Next post DAPATAN KAJIAN ‘GO STRAIGHT’ PERSIMPANGAN HICOM PEGOH DIBENTANG MEI INI