Sorting by

×

LAMAN SENI, DATARAN SEJARAH AYER KEROH BAKAL BERWAJAH BAHARU – MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 23 April – Kerja-kerja naik taraf dan bina baharu kemudahan di Laman Seni serta Dataran Sejarah Ayer Keroh kini sedang giat dilaksanakan dijangka siap sepenuhnya Jun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron berkata, pelaksanaan kedua-dua projek itu melibatkan peruntukan berjumlah RM2 juta yang disalurkan oleh Jabatan Landskap Negara.

“Sekitar Laman Seni atau sebelum ini juga dikenali sebagai Leypark Station melibatkan kerja-kerja bina baharu untuk mewajah semula lokasi berkenaan menjadi Taman Rekreasi MADANI dengan peruntukan RM1 juta.

“Sementara itu RM1 juta lagi diperuntukan bagi menaik taraf Dataran Sejarah Ayer Keroh dengan kemudahan seperti pondok, trek jogging serta sistem pencahayaan lebih baik, sekali gus mewujudkan suasana lebih selesa serta selamat buat pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Sambutan Majlis Rumah Terbuka dan Majlis Perasmian Maniss Pastry yang disempurnakan Timbalan Exco Sains, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di premis terbabit, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata, inisiatif mewajah semula kedua-dua lokasi terletak bersebelahan itu memberikan fokus kepada penyediaan kemudahan komuniti boleh dimanfaatkan orang ramai bagi aktiviti riadah dan santai.

Jelasnya, kedua-dua projek tersebut merupakan sebahagian usaha memperluaskan ruang rekreasi awam agar lebih tersusun dan mesra komuniti, selaras dengan keperluan kawasan hijau untuk masyarakat setempat.

“Pelaksanaan projek ini dijangka memberi nilai tambah kepada kawasan Dataran Sejarah sebagai antara lokasi tumpuan rekreasi dan aktiviti masyarakat di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

390
Kongsi :
Previous post MELAKA RANGKA PELAN HALA TUJU PEMBANGUNAN INDUSTRI SEMIKONDUKTOR 2035
Next post MELAKA RIVER CRUISE ‘MELETUP’ DI MATTA FAIR MELAKA 2026