Sorting by

×

DAPATAN KAJIAN ‘GO STRAIGHT’ PERSIMPANGAN HICOM PEGOH DIBENTANG MEI INI

Masa Membaca:50 Saat

TABOH NANING 23 April – Hasil kajian pelaksanaan inisiatif ‘Go Straight’ sedang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Jawatankuasa Lalu Lintas Negeri Melaka akan dibentangkan pada bulan hadapan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, antara fokus utama kajian adalah corak keluar masuk kenderaan panjang dan lebar terutamanya lori kontena dari kawasan perindustrian berhampiran.

“Kajian juga dijalankan untuk menilai tahap kesesuaian dan faktor keselamatan berhubung pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Namun inisiatif ini akan dilaksanakan dalam bentuk percubaan sebelum diputuskan untuk pelaksanaan sepenuhnya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Lalu Lintas Negeri Melaka berkata, inisiatif Go Straight itu dicadangkan sebagai langkah proaktif penyuraian trafik dan melancarkan pergerakan kenderaan berat di laluan berkenaan.

“Pelaksanaan inisiatif ini dijangka mampu mengurangkan risiko kemalangan di persimpangan terbabit yang sering berdepan dengan kepadatan trafik terutama pada waktu puncak.

“Malah JKR juga sedang mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk pelaksanaan percubaan inisiatif ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

461
Kongsi :
Previous post MELAKA RIVER CRUISE ‘MELETUP’ DI MATTA FAIR MELAKA 2026
Next post VETERAN ATM HILANG PENGLIHATAN TERIMA RUMAH BAHARU