Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI SERU PENIAGA TIDAK AMBIL KESEMPATAN

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 24 April – Peniaga dan usahawan di negeri ini diseru supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang bertanggungjawab, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut beliau, ia termasuklah tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.

“Saya menyedari bahawa dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, kenaikan kos bahan mentah dan operasi turut memberi tekanan kepada para usahawan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.

“Keadaan ini memerlukan pendekatan yang seimbang agar kelangsungan perniagaan dapat dipelihara tanpa menjejaskan kebajikan pengguna,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Tun Dr. Mohd Ali turut menyarankan Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh sokongan melalui bantuan, insentif serta program pemerkasaan bagi membantu usahawan menangani peningkatan kos operasi.

“Saya percaya melalui kerjasama antara pihak kerajaan, peniaga dan pengguna, keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan dapat dicapai, sekali gus memastikan pembangunan keusahawanan negeri terus berkembang secara mampan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

311
Kongsi :
Previous post KUBUR DIGITAL LAMBANG KEBERANIAN MELAKA TEROKA TEKNOLOGI
Next post MELAKA CONTOH KESEIMBANGAN PEMBANGUNAN DAN WARISAN