Sorting by

×

MELAKA ‘RUMAH KEDUA’ ADI PUTRA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Figura popular tanah air Datuk Adi Putra mengakui Melaka cukup dekat di hatinya sehingga menganggap negeri ini sebagai ‘rumah kedua’ sepanjang terlibat dalam penggambaran filem Konspirasi.

Menurutnya, Melaka bukan sahaja memiliki keunikan tersendiri malah Jabatan dan agensi berkaitan amat membantu terhadap perkembangan industri kreatif serta sektor pelancongan tempatan.

“Saya memang sudah sinonim dengan Negeri Melaka, ibarat rumah kedua. Jadi saya amat memanfaatkannya dan selaku pelakon saya juga berterima kasih kepada pihak produksi serta Kerajaan Negeri Melaka kerana mengizinkan penggambaran dilakukan di Sungai Melaka.

“Kalau kita sendiri tidak menyokong pusat pelancongan kita, siapa lagi yang mahu menyokong. Begitu juga masyarakat, kalau bukan kita yang promosikan filem tempatan ini siapa lagi.

“Kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang luar, jadi sebagai rakyat tempatan kita harus berbangga,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada Tayangan Amal Konspirasi di AEON Bandaraya Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda.

Beliau berharap orang ramai menyokong filem tersebut dan mengambil mesej serta pengajaran yang mahu disampaikan menerusi karya berkenaan.

“Mudah-mudahan filem ini memberi mesej daripada segi mendidik dan bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi ada perkara yang cuba disampaikan kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

157
Kongsi :
Previous post ‘RYTHM’ DIDIK ANAK MUDA CAKNA PENGURUSAN WARGA EMAS, OKU