Sorting by

×

POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH TVET, TEROKA INDUSTRI TENAGA JANAKUASA

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

MERLIMAU 28 Mei – Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteraskan industri apabila mengadakan lawatan akademik ke Program Open Day CGN-Edra Melaka 2026, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PMM Adib Ridhwan Adenan berkata, lawatan tersebut membabitkan 21 pensyarah dan 11 pelajar yang mampu memberi nilai tambah apabila dapat melihat secara langsung operasi sebenar loji janakuasa.

Katanya, menerusi lawatan itu pensyarah dan pelajar turut memahami ekosistem industri tenaga janakuasa yang semakin kompleks dan berteknologi tinggi.

“Pendedahan yang diterima selari dengan keperluan semasa industri yang menuntut graduan bukan sahaja menguasai teori, malah kompeten dari segi aplikasi teknikal, keselamatan dan pengendalian sistem tenaga moden.

“Lawatan ini membuka ruang kepada pelajar dalam memahami secara lebih jelas bagaimana sistem penjanaan elektrik beroperasi di peringkat industri, sekali gus menghubungkan pembelajaran di bilik kuliah dengan realiti sebenar,”katanya menerusi satu kenyataan kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Adib Ridhwan berkata, kerjasama strategik bersama pemain industri turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan menerusi pelaksanaan program ‘apprenticeship’.

Tambahnya, sepanjang program tersebut peserta turut diberi taklimat teknikal melibatkan operasi stesen janakuasa termasuk sistem penjanaan elektrik, penghantaran kuasa dalaman loji, operasi bilik kawalan serta pemantauan sistem secara masa nyata.

“Kita turut didedahkan kepada peralatan utama loji seperti turbin, generator segerak, transformer kuasa dan sistem switchgear voltan tinggi yang menjadi komponen kritikal dalam memastikan kestabilan bekalan elektrik negara.

“Lawatan turut diperluas ke Pusat Inovasi Edra yang mempamerkan penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) termasuk Internet of Things (IoT), analitik data dan sistem pemantauan pintar dalam pengurusan operasi loji janakuasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

176
Kongsi :
Previous post AIDILADHA PENUH MAKNA BUAT MEDIA MELAKA