
2,000 TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA DI KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 27 Mei – Aidiladha disambut dengan penuh ukhwah dan kesyukuran apabila kira-kira 2,000 jemaah terdiri daripada anggota tentera dan orang awam hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid As Syuhada Kem Terendak, hari ini.
Seawal jam 8 pagi pekarangan masjid itu sudah dipenuhi jemaah sebelum solat sunat diimamkan Ustaz Saifuddin Abu Khair.
Turut hadir menunaikan solat sunat Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin bersama isteri Datin Ernie Aidilia Karim serta
Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Sani S Omar.
Sementara itu Rais berkata, sambutan Aidiladha bukan sekadar ibadah korban malah menjadi platform mempererat hubungan antara masyarakat awam dan anggota keselamatan.
“Semangat kebersamaan yang ditunjukkan menerusi kehadiran ramai jemaah mencerminkan keharmonian serta perpaduan rakyat di negeri ini khususnya.
“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai peranan anggota tentera dalam menjaga keamanan negara dan berharap hubungan baik bersama masyarakat dapat terus diperkukuhkan,” katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan pada ibadah korban di pekarangan masjid berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERSEMBAHAN HARI KEBANGSAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MELAKA
KLEBANG 29 Ogos - Rakyat Melaka dihidangan dengan pelbagai aktiviti menyuburkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kerohanian yang terbaik sepanjang...
NEGERI MAJU, RAKYAT TERBELA – RAKYAT SERKAM PUJI KEPIMPINAN TOK RAUF
SERKAM 29 Ogos - Inisiatif Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam mendapat penghargaan masyarakat setempat...
SEDEKAD ASBAM PERKUKUH BUKTI SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
BANDA HILIR 29 Ogos - Penemuan artifak dan bahan arkeologi yang disokong catatan sejarah terus menjadi asas penting dalam memperkukuh...
2,500 BAKAT SENI BERSATU DI KLEBANG
KLEBANG 29 Ogos - Langkah kecil penari cilik berusia lima tahun bakal bergandingan dengan penari dewasa, menyatukan 2,500 bakat seni...
PERZIM BUKA PELUANG RAKYAT MASUK MUZIUM LUAR BANDAR PERCUMA 31 OGOS INI
BANDA HILIR 28 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyahut inisiatif Kerajaan Negeri menawarkan kemasukan percuma ke enam muzium di...
WAKAF KESIHATAN: MAIM AJAK RAKYAT KUMPUL SAHAM PAHALA BERPANJANGAN
AYER KEROH 28 Ogos - Setiap sumbangan menerusi Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi saham pahala berpanjangan,...
