
SWM GUNA MOTOSIKAL KABIN SISI EV UNTUK OPERASI PEMBERSIHAN
AYER KEROH 29 Mei – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar menerusi penggunaan lima unit motosikal kabin sisi elekterik bagi kerja-kerja pembersihan sekitar Banda Hilir.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, motosikal berkenana mula dioperasikan sejak April lalu, khusus melibatkan laluan sempit.
Katanya, penggunaan motosikal berkenaan bukan sahaja membantu mempertingkat kecekapan operasi pembersihan, malah turut mengurangkan pencemaran bunyi serta pelepasan karbon melalui pembakaran bahan api.
“Penggunaan jentera EV ini adalah sebahagian daripada usaha penambahbaikan kecekapan operasi SWM Environment selain selaras matlamat kami menuju sistem pengurusan sisa pepejal lebih pintar, inovatif dan lestari.
“Kami percaya pendekatan teknologi hijau ini mampu memberikan impak positif kepada alam sekitar selain mewujudkan suasana yang lebih bersih, kondusif dan selesa kepada para pelancong serta masyarakat setempat,” katanya.
Menurutnya SWM Environment akan terus menilai keberkesanan penggunaan jentera EV ini dari semasa ke semasa sebelum memperluaskan pelaksanaannya ke lokasi-lokasi strategik lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF BAWA SINAR BAHARU BUAT PEWARIS ROTI CANAI 20 TAHUN
SERKAM 29 Ogos - Lebih 20 tahun meneruskan legasi keluarga dalam menghasilkan roti canai, Awang Mohd Afeendy Abu Samah, 52,...
KING KING ‘BELAJAR’ DUDUK DALAM KOTAK SEBELUM PULANG KE ZOO MELAKA
AYER KEROH 29 Ogos - Membawa pulang Harimau Malaya jantan atau namanya King King seberat 171 kilogram (kg) memerlukan proses...
PERSEMBAHAN HARI KEBANGSAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MELAKA
KLEBANG 29 Ogos - Rakyat Melaka dihidangan dengan pelbagai aktiviti menyuburkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kerohanian yang terbaik sepanjang...
NEGERI MAJU, RAKYAT TERBELA – RAKYAT SERKAM PUJI KEPIMPINAN TOK RAUF
SERKAM 29 Ogos - Inisiatif Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam mendapat penghargaan masyarakat setempat...
SEDEKAD ASBAM PERKUKUH BUKTI SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
BANDA HILIR 29 Ogos - Penemuan artifak dan bahan arkeologi yang disokong catatan sejarah terus menjadi asas penting dalam memperkukuh...
2,500 BAKAT SENI BERSATU DI KLEBANG
KLEBANG 29 Ogos - Langkah kecil penari cilik berusia lima tahun bakal bergandingan dengan penari dewasa, menyatukan 2,500 bakat seni...
