Sorting by

×

AIDILADHA SERLAH MUAFAKAT PENDUDUK TAMAN RAMBAI UTAMA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PAYA RUMPUT 30 Mei – Semangat muafakat dan kerjasama masyarakat bergotong-royong bagi menyempurnakan ibadah korban mewarnai sambutan Aidiladha di Taman Rambai Utama, di sini.

Kebersamaan penduduk taman perumahan itu terserlah apabila lebih 200 sukarelawan berganding bahu menjayakan menjayakan ibadah tersebut di Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama.

Istimewanya, sempena Aidiladha tahun ini, sebanyak 31 ekor lembu dan 12 ekor kambing ditumbangkan, di mana ia bukan sahaja membabitkan jawatankuasa madrasah, bahkan turut disertai anak muda dan kaum hawa.

Biro Wanita Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama, Roseyati Idris, 49, berkata semangat muafakat yang ditunjukkan penduduk membuktikan nilai perpaduan dan keprihatinan masyarakat masih kukuh.

“Program ini bukan sahaja melaksanakan tuntutan ibadah, malah menjadi medium mengeratkan silaturahim serta memupuk budaya bekerjasama dalam komuniti.

“Walaupun ramai yang bekerja dan hari kedua bukan cuti umum, penduduk tetap hadir membantu bagi memastikan proses melapah, menimbang dan pengagihan daging korban berjalan lancar.

“Kami amat bersyukur kerana semangat kerjasama dalam kalangan penduduk sangat tinggi dan sentiasa saling membantu antara satu sama lain, pihak madrasah berharap kerjasama ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menyuburkan semangat ukhwah dan budaya gotong-royong dalam masyarakat,” katanya.

IMG
RAIS ketika hadir ke menyantuni penduduk pada program korban di Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama.

Terdahulu, ibadah korban yang dilaksanakan itu turut diserikan dengan kehadiran Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

Turut bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Datuk Shamsudin Mohamad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

475
Kongsi :
Previous post ‘PETTING ZONE’ PIKAT PENGUNJUNG ZOO MELAKA
Next post MELAKA RIVER CRUISE TERIMA ANUGERAH GLOBAL DI SHANGHAI