Sorting by

×

KEUNIKAN MELAKA ‘PIKAT’ PELAJAR SAMBUNG PENGAJIAN DI UNIMEL

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

KUALA LINGGI 3 Jun – Kepelbagaian seni, warisan, budaya dan sikap peramah orang Melaka antara faktor yang ‘memikat’ pelajar luar dari negeri ini untuk memilih melanjutkan pengajian di Unversiti Islam Melaka (UNIMEL).

Pelajar dari Kluang, Johor, Kasih Endasah Rosli, 21, berkata dia memilih untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah Perundangan Syariah kerana sudah selesa dengan persekitaran Kampus UNIMEL di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

6123205101930352643
KASIH ENDASAH.

Katanya, selain itu kos sara hidup di negeri ini juga tidak terlalu tinggi dan amat membantu pelajar sepertinya untuk berjimat kerana tinggal berjauhan daripada keluarga.

“Kalau kos makan untuk sehari bawah RM15 sudah cukup, pilihan makanan juga banyak dan enak, selain itu kadar yuran UNIMEL juga tidak membebankan sebab itu saya pilih untuk sambung pengajian peringkat ijazah di universiti ini.

“Mungkin juga saya sudah jatuh cinta dengan Melaka kerana sebelum ini tiga tahun berada di Kuala Linggi sepanjang mengikuti kursus diploma Perundangan Syariah,” katanya ketika ditemui pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 1 2026/2027 UNIMEL di Kampus universiti itu di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

6123205101930352634
NUR AIRA QISTINA.

Sementara itu Nur Aira Qistina Noor Azhar, 18, memilih untuk mengikuti kursus diploma Perundangan Syariah di UNIMEL kerana kos pengajian yang dianggap tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan universiti lain.

Dia yang juga berasal dari Johor Bahru, Johor tertarik dengan kursus ditawarkan di UNIMEL selepas tertarik dengan promosi yang dilakukan menerusi medium media sosial.

“Sama seperti pelajar baharu lain saya agak berdebar ketika mendaftar tadi, tetapi ini adalah sebahagian daripada perjalanan kehidupan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Insya-Allah UNIMEL akan menjadi permulaan buat saya untuk terus menggapai lebih banyak kejayaan dalam kehidupan termasuk membina kerjaya dalam bidang profesional selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

640
Kongsi :
Previous post RIDER PENGHANTAR MAKANAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS SEBULAN KEMALANGAN
Next post WRUR BANDA HILIR: SENTUHAN MESRA MBMB CERIAKAN LIMA KELUARGA