Sorting by

×

OH MY HEALTH! CARNIVAL 2026 KEMBALI, SASAR 5,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KLEBANG 9 Julai – Oh My Health! Carnival 2026 edisi ketiga kembali lagi dengan pelbagai pengisian lebih menarik untuk orang ramai.

Karnival yang dijadual berlangsung pada 2 Ogos depan di Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC), di sini, dijangka menarik antara 3,500 hingga 5,000 pengunjung.

Program anjuran Junior Chamber International Malacca City Entrepreneur (JCI MCE) dengan kerjasama OMSMC selaku penganjur bersama itu bakal menghimpunkan lebih 60 agensi kerajaan, institusi penjagaan kesihatan, rakan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi komuniti.

Pengerusi Oh My Health! Carnival 2026, Pang Jo Jack berkata, karnival berteraskan konsep ‘Prevention is Better Than Cure’ itu bertujuan memperkasa budaya kesihatan dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan dan pencegahan penyakit.

“Pembinaan komuniti yang lebih sihat memerlukan kerjasama berterusan antara sektor kesihatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

“Oh My Health! Carnival bukan sekadar sebuah karnival kesihatan, malah merupakan platform yang menghubungkan masyarakat dengan pendidikan kesihatan, penjagaan kesihatan pencegahan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

“Kami berharap lebih ramai masyarakat akan mengamalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti,” katanya pada sidang media Oh My Health! Carnival 2026 di Oriental Hall, OMSMC, di sini, 7 Julai lalu.

Oriental
OH My Health! Carnival 2026 menyajikan pelbagai program dan aktiviti menarik pada 2 Ogos depan.

Antara pengisian menarik sempena karnival itu termasuklah Oh My Health! Fun Run, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan asas percuma, pemeriksaan tekanan darah dan paras glukosa, analisis indeks jisim badan (BMI), konsultasi kesihatan dan perubatan tradisional Cina (TCM), demonstrasi CPR serta pertolongan cemas.

Turut diadakan ceramah dan pameran kesihatan, sesi zumba, kelas yoga, aktiviti pengalaman pickleball, pertandingan mewarna kanak-kanak, aktiviti kekeluargaan serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post BELIA PERLU SEMAT, HAYATI PRINSIP MELAKA SAYANG RAKYAT
Next post MELAKA ANJUR KARNIVAL ANAK MUDA SEPTEMBER DEPAN