Sorting by

×

MAIM PINDAHKAN PUSARA EMPAT SEKELUARGA BERUSIA LEBIH 60 TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERKAM 8 Julai – Pusara empat sekeluarga berusia lebih 60 tahun di Mukim Merlimau, selamat dipindahkan ke lokasi perkuburan Islam baharu.

Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, pemindahan kubur itu dibuat pihaknya selepas menerima permohonan daripada pemilik tanah.

Beliau berkata, selepas permohonan diterima pihaknya terlebih dahulu mendapatkan ulasan dan kelulusan daripada Jabatan Mufti proses pemindahan dilaksanakan.

“Mengetahui lot tanah yang dibeli terdapat kubur lama, pemilik telah tampil dan memohon pemindahan dibuat oleh pihak MAIM. Selepas mendapat ulusan daripada Pejabat Mufti kubur itu digali kemudian dikebumi semula di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Ar Rahim, Merlimau.

“Dipercayai kubur tersebut milik empat sekeluarga kerana selain kubur lelaki dan wanita dewasa terdapat dua kubur kanak-kanak berusia lebih 60 tahun.

“Sebelum pemindahan dibuat hebahan untuk mencari atau mengenal pasti waris sudah dibuat di masjid kariah selama tiga kali Jumaat namun tiada individu tampil,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Mohd Hairulamin, selain MAIM proses pengalihan kubur itu turut membabitkan beberapa agensi lain termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Proses pengalihan kubur ini dibuat mengikut garis panduan ditetapkan dan tertib oleh Panel MAIM yang ditauliahkan bagi menguruskan proses tersebut.

“Untuk permohonan bagi setiap lot kubur yang ingin dialihkan caj dikenakan sebanyak RM2,000 namun begitu pengalihan kubur ini tidak boleh dilakukan sesuka hati,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

528
Kongsi :
Previous post DURIAN PERCUMA, RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN TOK RAUF
Next post GANDINGAN ‘TOK RAUF’, ‘TOK AJAK’ SINARI PELANCONGAN MELAKA