Sorting by

×

TAWARAN ISTIMEWA ZOO MELAKA SEMPENA HARI HARIMAU SEDUNIA, 25 JULAI INI

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 11 Julai – Bersempena Hari Harimau Sedunia pada 25 Julai ini, Zoo Melaka menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Doodle terbuka kepada peserta berumur 18 tahun dan kebawah.

Bertema ‘Selamatkan Harimau Malaya’, pendaftaran pertandingan itu dibuka dari 1 hingga 11 Julai ini, di mana hanya 20 peserta terbaik akan disenarai pendek dan bertanding secara langsung pada sambutan itu.

Zoo Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, menariknya, kesemua peserta yang dipilih bakal menikmati kemasukan percuma ke taman haiwan itu, selain turut berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Creative Strait Malaysia, Sakura Art Malaysia dan Staedtler berserta sijil penyertaan.

Jelas kenyataan tersebut, pertandingan itu dianjurkan sebagai usaha meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan memulihara Harimau Malaya melalui pendekatan kreatif dan seni.

“Melalui pertandingan ini, Zoo Melaka berharap dapat menyemai rasa cinta terhadap hidupan liar serta menggalakkan penyertaan generasi muda dalam usaha pemuliharaan Harimau Malaya.

“Hanya 20 peserta terbaik akan dipilih dan dijemput menghadiri Sambutan Hari Harimau Sedunia di Zoo Melaka, sekali gus menikmati kemasukan percuma,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh mendaftar melalui Google Form di pautan https://forms.gle/2mmjsSahwvjfGTDH6 sebelum tarikh tutup penyertaan dan sebarang maklumat lanjut menghubungi Unit Jualan Zoo Melaka di talian 011-1285 2789.

Bersempena Hari Harimau Sedunia Zoo Melaka pada 25 Julai ini, pebagai pengisian menarik turut disediakan kepada pengunjung, antaranya reruai pameran kesedaran, aktiviti ‘face painting’ serta ‘tiger enrichment and keeper talk’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

204
Kongsi :
Previous post BANJIR DI MELAKA AKIBAT TABURAN HUJAN LUAR BIASA, 21 STESEN REKOD BACAAN KRITIKAL
Next post SUMBANGAN PERALATAN PERNIAGAAN KETUA MENTERI BERMAKNA BUAT PENIAGA KECIL