Sorting by

×

SUMBANGAN PERALATAN PERNIAGAAN KETUA MENTERI BERMAKNA BUAT PENIAGA KECIL

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KUALA LINGGI 11 Julai – Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan peniaga kecil terus dizahirkan menerusi penyerahan bantuan peralatan perniagaan berupa kerusi, meja dan khemah kepada lima peniaga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Bantuan yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu disifatkan sebagai inisiatif yang mampu meringankan beban peniaga selain membantu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih selesa.

Menurut Peniaga kuih balang Omar Ibrahim, 66, berkata, bantuan itu amat bermakna kerana dapat meringankan bebanan untuk mengeluarkan kos membeli peralatan yang diperlukan untuk berniaga.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana sentiasa mengambil berat kebajikan peniaga kecil seperti kami.

“Bantuan kerusi dan meja ini bukan sahaja meringankan beban, malah memberi semangat kepada kami untuk terus mencari rezeki dan meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya yang telah menjalankan perniagaan lebih 10 tahun kepada Melaka Hari Ini.

IMG 20260710 WA0017
HASLIZAH.

Nada sama turut disuarakan peniaga aiskrim goreng, Haslizah Nazari, 49, turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas keprihatinan yang disifatkannya tidak pernah melupakan golongan peniaga kecil.

Katanya, bantuan itu membolehkan mereka berniaga dalam keadaan lebih selesa sekali gus memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Ketua Menteri. Bantuan ini amat membantu kami yang berniaga secara kecil-kecilan di tepi jalan.

“Ia membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap nasib peniaga yang mencari rezeki di sekitar DUN Kuala Linggi dan sentiasa berusaha meringankan beban kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

849
Kongsi :
Previous post TAWARAN ISTIMEWA ZOO MELAKA SEMPENA HARI HARIMAU SEDUNIA, 25 JULAI INI