Sorting by

×

KERAJAAN NEGERI TUNAI AKUJANJI LULUS USUL ADUN LANTIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 14 Julai – Keputusan untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan merupakan antara kandungan manifesto yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 yang lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjelaskan, perkara itu merupakan antara akujanji yang ditawarkan Barisan Nasional (BN), sekali gus diberikan mandat oleh rakyat Melaka untuk membentuk Kerajaan Negeri.

“Ini adalah manifesto terakhir yang kita (BN) laksanakan kerana kita telah diberi mandat oleh rakyat menerusi tawaran manifesto pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai hari kedua Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, Adun lantikan itu bagaimanapun bukanlah akan dilantik dalam masa terdekat, sebaliknya ia akan melalui satu lagi pembentangan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

“Adun lantikan ini boleh dilantik pada bila-bila masa, namun apabila memasuki penghujung penggal ini, kita tidak bercadang untuk melantiknya.

“Apa yang pasti, Adun lantikan dengan kepakaran tertentu ini dapat memberi banyak manfaat dan kepentingan kepada kerajaan yang memerintah, tidak kira apa jua parti yang dipilih rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

304
Kongsi :
Previous post PH MELAKA KELUAR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, BANTAH ADUN LANTIKAN
Next post PONTENG SEKOLAH DI MELAKA TERUS MENURUN